Wednesday, September 5, 2012

Aku Untukmu

Terbitan : KakiNovel

Penulis   : Tulip Ungu



Sinopsis:

Kerana terikat dengan budi yang ditabur oleh Datuk Hassan, Ardini menerima ikatan perkahwinan itu dalam terpaksa. Namun semua yang berlaku adalah takdir yang telah ditentukan untuknya. Akan adakah bahagia andai Izhar seringkali bersikap dingin dan terlalu ego. Berbekalkan ketabahan dan kesabaran, dia kuat menanggapi pasang surutnya sikap Izhar namun apabila seringkali diasak dengan keegoan Izhar yang tidak bertepi, Ardini akhirnya pasrah. Andai dirinya bukan tercipta untuk Izhar, maka biarlah dia menarik diri.

Perkahwinan yang diatur oleh Datuk Hassan bersama Ardini menyebabkan dia tidak betah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tambahan lagi, Ardini bukanlah calon yang sempurna untuknya. Rasa benci menyebabkan Izhar melakukan pelbagai cara supaya Ardini terseksa dalam ikatan perkahwinan yang dibina. Namun semakin dia cuba membenci Ardini, rasa sayang semakin bertaut di hatinya. Apakah ada cinta untuk Ardini dalam hatinya. Kelembutan Ardini menyebabkan kedinginannya semakin menghilang dan egonya runtuh.

Mampukah kelembutan Ardini mencairkan keegoan Izhar yang selama ini menyelimuti perkahwinan mereka? Mampukah Izhar mencintai Ardini sedangkan gadis itu bukanlah pilihan hatinya? Bagaimana pula Ardini betah bertahan dengan sikap dingin dan ego Izhar yang tinggi melangit? Andai aku tercipta untukmu, pasti bahagia itu milik kita.

Biar Cinta Bertaburan

Terbitan:KakiNovel

Penulis  :Yusnida Tajudin



Sinopsis:

Emeer Zafran, seorang bos yang tegas, mulut lepas dan sangat dedikasi terhadap tugas.  Walaupun mempunyai wajah yang tampan tetapi beliau sering dijauhi oleh pekerja-pekerjanya kerana sikap panas baran beliau.  Jauh berbeza dengan Ayesha Sorfina, pembantu peribadi Emeer yang kecil molek, penyabar, happy go lucky dan disenangi oleh semua rakan sekerja. Namun dalam kelembutan sikap Ayesha terselit satu prinsip diri yang sukar dimengertikan.

Hubungan antara majikan dan pekerja akhirnya bertukar menjadi intim apabila kedua-duanya mula jatuh hati sesama sendiri.  Di sebalik sikap panas baran Emeer, ada sifat kelembutan yang hanya boleh dilihat oleh orang tertentu.  Sikap mengambil berat dan pelindung yang hanya boleh dinilai oleh Ayesha.  Namun, yang menjadi persoalannya, haruskah perhubungan itu terus dijalinkan sedangkan Emeer Zafran telah pun mengikat tali pertunangan dengan Lyana Arissa, anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal?

Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam menyelami cinta yang tersulam.
Adakah kisah mereka akan berakhir dengan kebahagiaan?  Atau adakah ia sekadar sebuah rasa yang harus berkubur sahaja?  Antara prinsip, cinta, orang ketiga dan kebahagiaan, dapatkah ia berlari seiringan? Atau sekadar hanya mampu dibiar bertaburan

Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Terbitan:KakiNovel

Penulis   :Rafina Mimi Abdullah


Sinopsis:

Nurul Anis adalah seorang anak yang bercita-cita tinggi mahu mengubah nasib keluarganya yang hidup di dalam serba kekurangan. Di sekolah dia menjadi perhatian Cikgu Safarin yang sering membantunya. Pelbagai cara telah dibuat oleh Cikgu Safarin semata-mata untuk menarik perhatian Nurul Anis. Setiap kali perasaannya cuba diluah, ada saja perkara yang menghalang sehingga memaksa Cikgu Safarin meluahkan rasa hati melalui ‘tulisan’ di belakang buku rujukan milik Nurul Anis. Dalam usaha Cikgu Safarin memikat Nurul Anis, ternyata, cinta yang lahir dari lubuk hati Cikgu Safarin itu bersahut jua. Antara pelajar dan guru, kasih sayang dipupuk dan disemai sehingga membawa ke jinjang pelamin di waktu usia Nurul Anis masih muda.

“Jadi... Anis sudah buat keputusan? Anis akan terima lamaran saya?”

“Cikgu... saya cintakan cikgu tapi untuk berkahwin dengan cikgu dalam usia saya yang semuda ini, sangat berat bagi saya. Cuma itu aje yang cikgu kena faham.”

Kebahagiaan melayari rumah tangga mula dikecapi di awal pernikahan. Namun SMS daripada bekas tunang Cikgu Safarin mula menghantui fikiran Nurul Anis. Pertemuan di antara Cikgu Safarin dengan Aida untuk menyelesaikan masalah dan menjelaskan semuanya membawa bahana yang besar di dalam rumah tangga mereka sehingga terjadinya satu malapetaka yang hampir-hampir meragut nyawa Cikgu Safarin. Nurul Anis mula dihimpit rasa bersalah setelah Cikgu Safarin terlantar koma. Dalam pada itu juga, kehadiran Aida seringkali menyakiti hati Nurul Anis dengan mendakwa dirinya bakal menjadi isteri kedua kepada Cikgu Safarin. Betapa luluhnya perasaan seorang isteri apabila mendengar pengakuan itu.

“Awak terlalu naif Nurul Anis. Saya adalah cinta pertama Arin. Awak ingat senang-senang ke dia nak lupakan saya? Tak mungkin!”

Berjayakah Aida mencuri kembali hati Cikgu Safarin? Apakah masih sempat Nurul Anis membisikkan ucapan hikmat ‘sayang cikgu ketat-ketat’ kepada suaminya?

"Cinta Hatiku"❤❤❤

Tiap2 hari bersamaku...

Tuesday, September 4, 2012

Sunan Musafir

Terbitan:alaf21

penulis   :Ramlee Awang Mushid

 Sinopsis
Allah menciptakan cinta, justeru cinta perlu dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas dari belenggu cinta.
Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin serta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.
Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, adakah benar Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?
Pada tahun 1531 – Saifudin yang telah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi harituanya dengan menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa.Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan ‘ruang dan waktu’. Lebih menitiberatkan ‘cinta dan air mata’. Mengutamakan ‘perjuangan dan kesabaran’. Yakinilah…pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya.

Te Amo Sayang

  tebitan:Buku Prima

  penulis:Adra Adlina                    

    Sinopsis

Faaeq Rifqi begitu pembersih dan tidak mampu bertolak ansur dengan sebarang bentuk kotoran walau habuk sekalipun. Kerjaya sebagai pramugara menjadikan dia lebih teliti dalam apa jua keadaan. Namun dapatkah Faaeq Rifqi memastikan dia akan jatuh cinta dengan wanita yang bersikap serupa dengannya?

Taipei menjadi destinasi pertemuan antara anak muda ini dengan si editor cemerkap Sara Irdina. Sara Irdina akhirnya tertawan dengan kematangan Faaeq Rifqi meski jejaka itu muda empat tahun daripadanya.Ikatan pernikahan membuka sisi baru buat mereka. Faaeq si pembersih rupanya berpasangan dengan Sara yang langsung tidak pandai melakukan kerja-kerja rumah.

Lalu bagaimanakah pasangan ini berkomunikasi? Dapatkah Faaeq bertahan dengan sikap isterinya yang ternyata amat kontra itu?                                                                           

Wednesday, August 29, 2012

Qaseh Nuralia Imani (arin arida)


Sinopsis:


SYED ISKANDAR DZULKARNAIN AL-IQRAMI merupakan pewaris empayar perniagaan milik keluarganya, Al-Iqrami Holdings. Kemewahan yang melimpah ruah menyebabkan dia menjadi seorang yang kufur nikmat. Dalam erti kata yang mudahnya, dia hanya Islam pada nama sahaja. Seorang ‘buaya tembaga’ yang menganggap berhibur dengan wanita sebagai hobi utamanya. Lantas bagi menjaga reputasi serta nama baik keluarga, kedua orang tuanya sepakat untuk menjodohkan dia dengan seorang gadis yang digelar olehnya sebagai MUMIA kerana ‘berbungkus’ elok dari hujung kaki ke hujung kepala dengan jubah hitam serta bertudung lengkap dengan niqab yang melindungi wajahnya bernama Nuralia Imani. Sungguh Nuralia Imani ini bukanlah jenis gadis yang menjadi dambaannya.

NURALIA IMANI merupakan seorang gadis sopan dan penuh lemah lembut yang serba sederhana. Perjalanan hidupnya begitu perit. Dugaan tak henti-henti datang menghiasi perjalanan hidupnya. Namun takdir telah menyatukan dia dan seoarang lelaki bernama Syed Iskandar Dzulkarnain dengan ikatan perkahwinan yang dirancang oleh ummi serta walid Syed Iskandar. Seluruh keluarga Al-Iqrami melayannya dengan mesra dan baik sekali..kecuali seorang, iaitu suaminya sendiri. Sejak usai majlis akad nikah lagi, kebencian Syed Iskandar kepadanya tidak pernah berkurang malah kian menggunung.

Takdir ALLAH adalah takdir terindah. Syed Iskandar mula membuka matanya tentang kewujudan Nuralia Imani di sisi tatkala hatinya hancur berkecai dengan pengkhianatan kekasih yang dicintainya, Bella. Namun di saat mereka mula membina bahagia, muncul pula Akira yang masih belum letih mengejar cinta Nuralia Imani yang pernah menjadi sahabat baiknya suatu masa dahulu. Akira mahu Nuralia menjadi miliknya.

Keadaan bertambah kusut apabila Bella mengatur agenda untuk menghapuskan Nuralia Imani bersama musuh lama Syed Iskandar, Roy. Roy yang licik telah mempergunakan Akira bagi menjayakan misi balas dendamnya pada Syed Iskandar.